HALAMAN SANTAI

Ahad, 10 Januari 2021

Bersatu S'gor hanya kerjasama dengan PAS jika Umno putus hubungan

MALASIAKINI
 
Malaysiakini

Sekiranya Umno terus dengan pendirian untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu, parti itu hanya akan bekerjasama dengan PAS dengan kerangka Perikatan Nasional (PN), kata ketua Bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari.

“Kami bersedia untuk itu. Saya mengadakan pertemuan mengenai perkara itu dengan pesuruhjaya PAS Selangor, Ahmad Yunus Hairi dan ketua PN negeri, Mohamed Azmin Ali pada hari Khamis," kata Rashid kepada Star.

Rashid sebelum ini berkata bahawa pihaknya masih terbuka untuk bekerjasama dengan Umno, tetapi Bersatu harus mempunyai perancangan alternatif jika ada perubahan.

"Sekiranya mereka (Umno) memutuskan untuk kekal bersama kami, kami harus menyusun syarat baru dengan mereka," tambahnya.

Majoriti bahagian Umno sebelum ini meminta untuk menghentikan hubungan Umno-Bersatu dan malam tadi Ahli Parlimen Umno Machang, Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan keputusannya untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Perkembangan itu menyebabkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kini hanya mempunyai sokongan 110 ahli parlimen.

Perhimpunan Agung Umno dijangka akan membuat keputusan mengenai hubungan dengan Bersatu pada 31 Januari ini.

Tiada ulasan: