Ia juga dibuat ketika ada kritikan terhadap
kepimpinannya yang dianggap gagal membaca dan memahami sentimen ahli
Umno di peringkat akar umbi.
Ketua Penerangan Pemuda Umno Kuala
Selangor, Aemirul Zaki dilaporkan berkata Zahid boleh berbuat demikian
secara sukarela tanpa perlu menunggu pemilihan parti atau keputusan
Perhimpunan Agung Umno.
“Tidak timbul isu Zahid akan dikecam dan dibodohkan oleh ahli.
"Ahli
(sebaliknya) akan puji dan berbesar hati melihat kesanggupannya memberi
ruang kepada orang yang tidak banyak isu untuk mengetuai parti,”
katanya dipetik The Malaysian Insight.
Katanya, Zahid juga boleh
berehat untuk menyelamatkan parti dengan menyerahkan kepimpinan parti
kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, sehingga pemilihan parti
yang sepatutnya diadakan pada tahun ini.
“Kita
boleh minta beliau berundur atau bercuti dan berbesar hati sebagai
seorang pejuang untuk selamatkan parti dengan beri ruang kepada jentera
parti buat kerja.
“Zahid perlu bersetuju untuk berundur dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya untuk mengetuai Umno pada masa ini,” katanya.
Malaysiakini
juga sebelum ini melaporkan desakan serupa, yang mana Ketua Pemuda Umno
Pontian, Helmi Buang meminta presiden Umno berehat secara terhormat.
Jelasnya,
apa yang disuarakannya adalah pandangan peribadi bagi melihat parti itu
kembali meraih kepercayaan rakyat dalam PRU-15.
Zahid pada 2018
pernah “bercuti” dan menyerahkan tugasnya, termasuk termasuk jawatan
pengerusi BN, kepada timbalannya Mohamad Hasan.
Ia susulan tindakan beberapa anggota parlimen Umno keluar parti serta kritikan bahawa Umno tiada hala tuju di bawah pimpinannya.
Selepas setahun, Zahid bagaimanapun kembali memegang jawatan itu.
Ketua
Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin pula dipetik sebagai berkata
pandangan mereka itu bukan tidak hormatkan Zahid sebagai presiden parti
sebaliknya kerana mereka lebih sayangkan parti.
“Saya hanya mahu lihat pembaharuan dalam parti… tiada apa-apa yang saya nampak dilihat (untuk) meremajakan parti ini,” katanya.
Zahid
kini berdepan 47 tuduhan jenayah melibatkan kesalahan pecah amanah,
pengubahan wang haram dan rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Dia
juga didakwa menyokong usaha Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk
membentuk kerajaan baru menggantikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
dan Perikatan Nasional (PN), yang akan bekerjasama dengan DAP.
Bekas
setiausaha agung BN yang disingkir Annuar Musa baru-baru ini
mendedahkan surat sokongan Zahid kepada presiden PKR bukan surat palsu.
Surat
Zahid itu dikatakan dipersembahkan pemimpin pembangkang kepada Yang
di-Pertuan Agong serta tersebar pada pertengahan Oktober lalu, bukan
surat palsu.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah
Alam Mohamad Anis Md Yusof berkata sentimen yang mahu Zahid berundur
bukan hanya dalam kalangan ahli Umno.
“Ada juga dalam kalangan
penyokong Umno… maksudnya bukan ahli Umno yang melihat kedudukan
presiden pada hari ini sangat lemah,” katanya.
Bagaimanapun
beliau berpendapat Zahid mungkin masih boleh mempertahankan jawatannya
kerana sentimen pemilihan di akar umbi lazimnya dipengaruhi oleh pilihan
ketua bahagian.
“Kebanyakan akar umbi buat pemilihan berdasarkan
‘sustainable’ pemimpin bahagian. Mungkin pemimpin bahagian memilih
orang itu sebagai presiden jadi akar umbi pun pilih orang itu sebagai
presiden. Itu yang berlaku sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu,
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Rizam Ismail berkata perbahasan
mengenai siapa layak memimpin Umno sekarang hanya akan mengeruhkan
keadaan dan boleh memusnahkan parti.
“Ini bukan masanya untuk
kita berpecah-belah dan berantakan sesama sendiri. Sebaliknya, kita
sebagai pemimpin di bahagian perlu tunjuk contoh yang baik kepada akar
umbi.
“Sebagai pemimpin yang matang kita perlu menyeru kepada
ahli-ahli agar merapatkan saf dan bersatu padu di belakang pemimpin
utama kita iaitu presiden Umno,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan