HALAMAN SANTAI

Ahad, 17 Januari 2021

'Menteri buat cara menteri, jururawat buat tugas cara jururawat'

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa mengingatkan semua pihak memainkan peranan masing-masing ekoran laporan bahawa barisan hadapan negara kini sedang tertekan dan kepenatan dengan situasi semasa pandemik Covid-19.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada barisan hadapan, terima kasih kepada semua, kepada doktor-doktor dan jururawat-jururawat. Macam-macam yang saya dengar, ramai yang agak tertekan dan sebagainya. Tetapi kita banyak-banyak bersabar, kita urus bersama masalah ini

"Kalau menteri buat tugas cara menteri, kalau jururawat buat tugas cara jururawat. Tapi tanggungjawab ini semuanya sama, tidak ada kecil, tidak ada besar. Semua penting, tidak ada yang tak penting," katanya dalam sembang santai di laman Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan, hari ini.

Annuar berkata demikian mengulas kebimbangannya berhubung ancaman Covid-19 kini.

Semalam, sebanyak 4,029 kes positif baru Covid-19 dicatatkan dan lapan kematian direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negara ini kepada 155,095 kes sertra 594 korban.

Jumlah itu merupakan jumlah tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh sebulan.

Selain itu, Annuar yang juga pengerusi jawatankuasa kerja MKN berkata tindakan kerajaan meminta darurat dalam menangani Covid-19 membolehkan kerajaan  menguatkuasakan undang-undang baru dengan lebih cepat.

Tidak seperti sebelum ini, Annuar berkata undang-undang baru hanya boleh dilaksanakan empat hingga enam bulan kerana perlu dibentangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebelum dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tiada ulasan: