Firdaus Azil
Parti
Warisan Sabah pimpinan Shafie Apdal sebelum ini sudah memaklumkan
hasrat mereka untuk lebarkan sayap ke Semenanjung. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) enggan mendedahkan sebab
utama mengapa pendaftaran Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian
United Democratic Alliance (MUDA) tidak diluluskan, persoalan terus
berlingkar mengenai masa depan parti itu.
Dengan
desas-desus pilihan raya umum akan diadakan seawal penggal pertama
tahun ini, biarpun ditentang ramai, MUDA pasti perlu memikirkan cara
terbaik untuk terus relevan, termasuk kemungkinan bertanding di bawah
lambang parti sedia ada.
Perjumpaan
salah seorang pengasasnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli
Parlimen Muar dengan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal telah menimbulkan persepsi, itu mungkin pilihan yang
terbaik.
Dalam catatan terbaharunya di
Facebook, Syed Saddiq berkata Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen
Semporna merupakan seorang yang sangat beliau hormati.
“Datuk Seri adalah seorang yang sering saya jadikan sebagai contoh.
"Beliau seorang ahli politik yang mempunyai kepercayaan penuh kepada perpaduan dan kepelbagaian kaum.
“Rakyat
Malaysia sudah penat dengan iklim politik sedia ada. Ia langsung tidak
membantu kita untuk terus maju ke hadapan sebagai sebuah negara.
"Terlampau
banyak potensi tersembunyi yang perlu dicungkil, dan saya percaya
politik melampau telah menghalang kita berbuat demikian,” katanya lagi.
Syed
Saddiq dalam catatannya itu berkata Malaysia memerlukan sekumpulan
pemimpin yang mampu memandu negara ini ke hadapan, bukan hanya
bergantung kepada seorang individu semata-mata.
Pada
sidang media sempena Perhimpunan Agung Warisan yang berlangsung
Disember lepas, Mohd Shafie dilaporkan berkata parti itu akan membuka
cawangan di Semenanjung, khususnya di kawasan yang mempunyai ramai
rakyat Sabah.
Katanya langkah yang bakal
dilakukan parti itu adalah perkara yang dibenarkan dalam Perlembagaan
negara dan Warisan bukan parti pertama dari Sabah yang berbuat demikian.
"Tidak
hanya Warisan, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Progresif Kinabalu
Bersatu (UPKO) pernah bertanding di Semenanjung seperti di Perak... di
Pulau Pinang... jadi seperti yang saya nyatakan, kalau parti dari
Semenanjung boleh wujud di Sabah, mengapa pula parti dari Sabah tidak
boleh wujud di Semenanjung,” katanya kepada sidang media berkenaan.
Dalam
pada itu, sumber memberitahu penyertaan MUDA ke Warisan sedang dalam
perbincangan, namun ia bergantung kepada situasi semasa.
Selain
itu, beliau berkata, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pimpinan Tun Dr
Mahathir Mohamad juga sedang mempertimbangkan kemungkinan yang sama
memandangkan pendaftaran mereka juga masih tidak diluluskan RoS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan