HALAMAN SANTAI

Rabu, 13 Januari 2021

Pengisytiharan Darurat: Sarawak perlu akur - Dr Jeniri

Fadilah Sulaiman
Pengisytiharan Darurat: Sarawak perlu akur - Dr Jeniri
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu akur dengan prinsip 
di bawah pengisytiharan tersebut termasuk tiada pelaksanaan Pilihan 
Raya Negeri (PRN) ke-12.
 
KUCHING: Dengan proklamasi darurat, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu akur dengan prinsip di bawah pengisytiharan tersebut termasuk tiada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.
 
Jelas Felo Kanan Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir, ini bermakna sepanjang tempoh darurat sehingga Ogos, PRN-12 Sarawak tidak akan diadakan walaupun tempoh mandat Dewan Undangan Negeri (DUN) tamat pada 6 Jun ini.
 
"Maksudnya sehingga 1 Ogos, PRN-12 Sarawak tidak dapat diadakan walaupun sebenarnya tempoh matang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berakhir pada 6 Jun dan kemudiannya ada 60 hari lagi maksudnya sehingga mungkin 6 atau 7 Ogos.
 
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
 
"Saya percaya sehingga Ogos itu kalaupun darurat itu diadakan, kita tidak akan dapat mengadakan pilihan raya. kita perlu akur kepada pengisytiharan itu,” katanya ketika ditemui Astro AWANI hari ini.
 
BACA: Proklamasi darurat: Jawatankuasa Khas Bebas ditubuhkan - PM
BACA: PRN Sarawak: Boleh adakan jika darurat ditamatkan awal - Arnold Puyok
 
Sehubungan itu, kerajaan GPS selaku kerajaan memerintah ketika ini akan terus menjadi kerajaan interim apabila tamat tempoh mandatnya, jelas Jeniri.
 
"Kalau dari segi prinsip demokrasi dan juga peraturan di bawah perlembagaan, kerajaan yang sedia ada ini terus dapat memerintah, terus dapat wujud sebagai satu kerajaan sementara atau kerajaan interim untuk menjalankan pentadbiran seperti biasa.
 
"Ini kerana darurat itu bukan membabitkan tentera jadi maksudnya pentadbiran Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan terus terus berjalan," katanya.
 
Dalam pada itu, Dr Jeniri melihat langkah proklamasi darurat ini tepat dilaksanakan selepas penambahan drastik kes COVID-19 di seluruh negara.

Tiada ulasan: