HALAMAN SANTAI

Ahad, 17 Januari 2021

Proklamasi darurat bukan untuk Muhyiddin beraja di mata, bersultan di hati .

  Borhan Abu Samah

Senator Muhammad Zahid Md Arip berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperlihatkan keupayaan beliau menerajui kepimpinan negara di kala pendemik Civid 19.

Kata beliau, ketika ekonomi di seluruh dunia merudum, bantuan kepada rakyat dari pelbagai kelompok tidak pernah diabaikan.

“Beliau meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaannya di kala musuh politiknya begitu ghairah untuk menjatuhkan kerajaan yang di pimpinnya.

“Proklamasi darurat bukan untuk Tan Sri beraja di mata, bersultan di hati – proklamasi ini ada tempohnya bukan sehingga kiamat.

“Sampai masanya nanti proklamasi ini akan berakhir juga. DYMM YDPA setelah mendapat nasihat dari kerajaan, berkenan supaya proklamasi darurat ini di laksanakan demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya.

Menurut beliau, mereka yang cemburu kepada Muhyiddin akan sentiasa buta dan pekak dari dapat melihat dan mendengar usaha dan kesungguhan menangani tempoh sukar ini.

Tindakan Muhyiddin menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan darurat dan menggantung Parlimen bagi mengatasi penularan Covid-19 telah mendapat kritikan banyak pihak.
 
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad antaranya berkata, Muhyiddin dilihat masih belum menunjukkan kemampunan untuk menangani masalah negara biarpun susulan pengisytiharan darurat.
 
Menurut Mahathir, proklamasi darurat yang diisytiharkan itu memberikan kuasa yang besar kepada Perdana menteri selain menghentikan politiking.
 
Bagaimanapun, dari satu aspek lain, bekas Perdana Menteri itu berkata, pengisytiharan darurat itu merupakan satu langkah kediktatoran.
 
“Darurat digunakan untuk menghapuskan demokrasi untuk memberi Muhyiddin kuasa penuh tanpa pendapat orang lain. Beliau tidak melakukan banyak perkara untuk memerintah negara,” katanya.

Tiada ulasan: