Firdaus Azil
ZAHID:
Sepanjang Darurat berlangsung, UMNO berharap prinsip hak asasi manusia,
kebebasan sivil, ketelusan dan kedaulatan undang-undang harus tetap
dipelihara. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong berkenaan pengisytiharan
Darurat di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan, kata
Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam
satu kenyataan hari ini, beliau berkata, bagaimanapun UMNO menegaskan
segala kuasa di bawah Ordinan Darurat hendaklah tertumpu kepada urusan
pengawalan wabak semata-mata.
Jelasnya
lagi, penegasan itu berdasarkan rasional yang dikemukakan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa permohonan pengisytiharan
darurat hanyalah untuk menguruskan pandemik COVID-19.
“Kerajaan
juga harus memberi jaminan untuk mengambil berat isu kepentingan rakyat
dan mengotakan janji bagi menyelesaikan kelangsungan hidup rakyat,”
katanya lagi.
Ahmad Zahid, yang juga Ahli
Parlimen Bagan Datuk berkata, isu kesejahteraan rakyat termasuk
tuntutan berkenaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat, lanjutan
moratorium, dan kemaslahatan rakyat secara keseluruhannya.
Beliau
berkata, UMNO bertegas bahawa usaha harus dilakukan untuk mengembalikan
dan memulihkan fungsi Perlembagaan dan amalan Demokrasi Berparlimen
sejurus Darurat yang diproklamasikan mencapai matlamatnya.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas selesai Mesyuarat Biro Politik UMNO di Menara Dato Onn, petang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan