Firdaus Azil
PH
mendakwa undang-undang sedia ada, termasuk PKP, mencukupi
untuk
mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak
COVID-19.
KUALA LUMPUR:
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menolak rasional Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kuasa-kuasa darurat diperlukan
untuk menyelamatkan Malaysia dari COVID-19.
Dalam
satu kenyataan hari ini, Majlis Presiden berkata, undang-undang sedia
ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mencukupi
untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ini.
Menurut
kenyataan itu lagi, tindakan Muhyiddin mengusulkan darurat pada ketika
beliau sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen, termasuk
Machang (Datuk Ahmad Jazlan Yaakub) dan Padang Rengas (Datuk Seri
Mohamed Nazri Aziz), menunjukkan langkah itu tidak boleh diterima sama
sekali.
“Majlis Presiden turut
menimbulkan kerisauan bahawa perisytiharan darurat ini akan menjejaskan
usaha menghidupkan semula ekonomi serta keyakinan pelabur, dan tidak
akan membantu mengatasi masalah pengangguran dan kehilangan pendapatan
di kalangan rakyat.
“Jangan
berselindung di sebalik COVID-19 dan membebankan rakyat dengan
perisytiharan darurat demi menyelamatkan diri sendiri,” menurutnya lagi.
Kenyataan
itu ditandatangani Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri
Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, dan
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
Berkenaan
isu pilihan raya, mereka berkata, Majlis Presiden melihat tindakan yang
telah dilakukan sebelum ini, iaitu perisytiharan darurat bagi sesebuah
bahagian Parlimen atau Dewan Undangan Negeri adalah memadai.
“Bagi
Pilihanraya Negeri Sarawak pula, ia tidak perlu dilakukan sehingga
selewat-lewatnya penghujung Ogos 2021, manakala Pilihanraya Umum ke-15
pula hanya perlu diadakan menjelang 2023. Oleh itu, alasan yang
dikemukakan Tan Sri Muhyiddin dalam isu ini tidak dapat diterima sama
sekali.
“Malah kami melihat tindakan
menggantung Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri pada ketika pihak
eksekutif dan kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala
menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan
suara rakyat,” menurut kenyataan itu lagi.
Mereka
mendakwa, kuasa darurat itu bermakna ia memberi kuasa mutlak kepada
Perdana Menteri untuk melakukan hampir apa sahaja, sewenang-wenangnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan