Astro Awani
MUKHRIZ: Boleh dipertimbang sekiranya Amanah tidak meletakkan syarat
tertentu. - Gambar fail
JERLUN:
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan mempertimbangkan tawaran
daripada parti Parti Amanah Negara (Amanah) untuk masuk dan bertanding
dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atas tiket parti itu.
Menurut
Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pelawaan itu boleh
ditimbang tara sekiranya parti itu tidak meletakkan syarat tertentu.
Katanya,
apa yang penting adalah matlamat serta wadah perjuangan perlu selari
untuk membangunkan negara serta menunaikan amanah rakyat.
Jelas
beliau, sekiranya Amanah tidak meletakkan syarat tiada kerjasama dengan
kelompok menyokong kepemimpinan kleptokrat, beliau akan memikirkan
perkara itu.
Beliau berkata, kepemimpinan Pejuang terbuka untuk bekerjasama namun syarat berkenaan mesti dipatuhi terlebih dahulu.
"Sepertimana
yang kita semua ingat, pada PRU14 hari itu kami semua bertanding di
bawah lambang Parti Keadilan Rakyat. Mungkin itu satu kaedah, iaitu
calon-calon daripada Pejuang ini bertanding menggunakan lambang daripada
parti lain tapi perlu ada persetujuan dengan tuan punya parti itu.
"Satu
lagi yang biasa dibuat, ketua parti iaitu presiden parti biasanya yang
akan menandatangani watikah calon sebelum itu boleh berlaku rundingan
kerusi (tapi) belum sampai tahap tu lagi.
"Namun
demikian apabila ada ura-ura pilihan raya akan berlaku tidak lama lagi,
maka saya ingat kita dah kena segerakanlah," katanya selepas menghadiri
Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Parlimen Jerlun, hari ini.
Selasa
lalu Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk
Phahrolrazi Mohd Zawawi, menpelawa Pejuang untuk menyertai parti itu
dalam PRU15 ini sekiranya penubuhan parti itu gagal dalam permohonan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan