Hasimi Muhamad
Syed
Saddiq (kiri) berkata, PhD tidak diperlukan untuk mengetahui keadaan
rakyat yang ketika ini dalam kesusahan, kelaparan dan sakit. Gambar -
Twitter/Bernama
KUALA LUMPUR:
Pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman mengkritik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang
menyatakan bahawa hanya graduan Ijazah Falsafah Kedoktoran (PhD) dapat
memahami keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menerusi
kemas kini di laman Twitter, Ahli Parlimen Muar itu secara sinis
berkata, PhD tidak diperlukan untuk mengetahui keadaan rakyat yang
ketika ini dalam kesusahan, kelaparan dan sakit.
"Jangan
24/7 fikir soal kuasa sahaja. Dah jadi kerajaan sekarang, ambillah
tanggungjawab dan jaga rakyat. Krisis COVID makin parah, krisis banjir
belum cari jalan nak selesai.
"Buat kerja
dululah," selar Syed Saddiq sambil memuat naik keratan laporan berita
bertajuk "'Orang ada PhD faham mengapa perlu PRU secepat mungkin".
Memetik laporan yang disiarkan portal Malaysiakini, Ahmad menyifatkan hanya golongan berpendidikan tinggi dapat memahami keperluan melakukan pilihan raya umum secepat mungkin.
Ahmad
berkata demikian selepas menonton laporan berita memaparkan reaksi
seorang pemarut kelapa yang berpandangan PRU tidak wajar diadakan buat
masa ini kerana penularan COVID-19 masih berlaku.
"Tak pastilah (individu) itu daftar undi atau tidak. Dia cakap tak boleh lakukan PRU kerana COVID-19.
“Tapi
saya jawab kenapa perlu PRU, kerana banyak negara yang sudah lakukan
antaranya di Amerika Syarikat, Singapura dan kita juga dah laksana
pilihan raya kecil (PRK) di Chini, Slim dan pilihan raya negeri (PRN)
Sabah.
“Rasanya yang parut kelapa tadi
itu dia tidak perasan, yang ditemu bual sebagai suara akar umbi (rakyat)
itu tidak tahulah hanya lepasan sekolah tinggi kot.
"Kalau
dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD (ijazah kedoktoran),
saya rasa dia boleh ulas dengan lebih tepat,” kata Ahmad dipetik sebagai
berkata.
Dalam laporan tersebut juga,
Ahmad turut memaklumkan bahawa peningkatan kes COVID-19 di Sabah ketika
Pilihan Raya Negeri (PRN), antaranya berpunca kerana kemasukan
orang-orang pulau tanpa saringan.
Beberapa
hari lepas, kenyataan Ahmad turut mencetuskan perdebatan termasuk dalam
kalangan ahli UMNO selepas beliau dilaporkan berkata, UMNO tidak
menyokong Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) kerana kerajaan
Perikatan Nasional (PN) enggan menarik balik kes mahkamah melibatkan
pemimpin parti itu.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kemudian menyifatkan kenyataan itu sebagai 'goreng pisang'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan