Fauzi Suhaimi
Mujibu
berkata, penarikan sokongan terhadap Perikatan Nasional tidak
boleh
dilihat di peringkat Persekutuan sahaja, malah perlu dinilai
secara
menyeluruh termasuk di peringkat negeri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tindakan Barisan Nasional (BN) yang bertindak menarik sokongan dalam Perikatan Nasional (PN) ibarat menggali kubur sendiri.
Pensyarah
Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Mujibu Abd Muis
berkata, ini kerana, perkara itu tidak boleh dilihat di peringkat
Persekutuan semata-mata, malah perlu dinilai secara menyeluruh termasuk
di peringkat negeri.
"BN
tidak boleh melihat dalam konteks di peringkat Persekutuan dan perlu
dilihat di negeri yang mana ada beberapa negeri dikuasai oleh PN seperti
di Johor, Perak, Kedah, Melaka dan Sabah.
"Jika penarikan itu dibuat, sudah pasti ia akan turut menjejaskan negeri berkenaan," katanya dalam temubual menerusi Buletin AWANI Khas di sini pada Selasa.
Beliau
mengulas tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri
Aziz secara rasmi hari ini mengumumkan beliau menarik balik sokongan ke
atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub juga mengambil pendirian yang sama dengan Mohamed Nazri.
Ahmad
Jazlan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan turut melepaskan
jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi
menzahirkan prinsip tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan PN.
Dalam
pada itu, Mujibu menjangkakan negara berdepan dengan pertentangan
politik khususnya membabitkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) selepas tamat tempoh proklamasi darurat pada 1 Ogos depan.
"Ketika ini, kerajaan bagaimanapun masih berfungsi seperti biasa dalam tempoh darurat ini," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan