Abdul Hadi Che Awang
DR
MAHATHIR: "Bukan nak sokong (PN), (tetapi) kita nak ada (jalinan)
kerjasama kalau boleh dengan (PN) kalau tiada penyangak ini semua.
-
Astro AWANI
LANGKAWI:
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian
bahawa beliau terbuka menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak,
termasuk Perikatan Nasional (PN), khususnya dalam menghadapi Pilihanraya
Umum ke-15 (PRU15).
Menurutnya
yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), perkara
terpenting dalam kerjasama terbabit adalah ia tidak melibatkan individu
yang digelarnya "penyangak".
Beliau secara berseloroh turut menyifatkan seluruh rakyat Malaysia mengenali susuk tubuh "penyangak" yang dimaksudkannya.
"Bukan nak sokong (PN), (tetapi) kita nak ada (jalinan) kerjasama kalau boleh dengan (PN) kalau tiada penyangak ini semua.
"(Kalau)
tak dak (penyangak) kita boleh kiralah (untuk kerjasama), pasal saya
dulu (pernah) bekerjasama dengan parti lawan pun, kalau tak dak
penyangak saya boleh runding.
"(Siapa penyangak yang dimaksudkan), kalau you tak tau you tak payah duduk di Malaysia."
Dr
Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Berbuka
Puasa dan Solat Tarawih, di Masjid Al-Ehsan Temonyong, Langkawi pada
Jumaat.
Terdahulu, Setiausaha Agung Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata
PN bersedia menerima mana-mana individu menyertai kerjasama itu termasuk
bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun,
jelas beliau, kerjasama berkenaan perlu mengikut semua yang ditetapkan
oleh perlembagaan parti tanpa apa-apa syarat.
Beliau
berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan
kesediaan untuk menyertai PN sekiranya individu yang bergelar
“penjenayah” tidak berada dalam gabungan parti tersebut.
Menerusi
wawancara bersama sebuah portal berita, Ahli Parlimen Langkawi itu
turut mengakui bahawa ada usaha yang dilakukan untuk membawanya
menyertai gabungan PN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan