HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Jun 2021

Akmal mahu jadi hero tapi tiada fakta – Harris

Mohd Zaini Samsu Hadi
MGF28112019_SIDANG-PARLIMEN_35
Akmal Nasrullah Mohd Nasir

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir didakwa tidak mempunyai fakta menyeluruh untuk berhujah berkaitan isu perumahan di negara ini.

Malah, Ahli Parlimen Johor Bahru itu disifatkan sebagai ‘tin kosong’ apabila cuba mencari markah politik murahan ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Kongres AMK lalu, kata Exco Armada Bersatu Nasional, Harris Idaham Rashid.

Beliau berkata, Akmal ingin menjadi ‘hero’ dalam hal tersebut namun tidak arif tentang isu perumahan dengan tidak mempunyai fakta dan penyelesaian.

WhatsApp-Image-2021-06-07-at-10
Harris Idaham Rashid

“Biro Perumahan dan Kerajaan Tempatan Armada bersedia untuk membantu YB Akmal Nasir untuk mendapatkan fakta yang tepat berkenaan isu-isu perumahan dan sebagainya.

“Mungkin lebih wajar bagi YB Akmal Nasir memberikan tumpuan kepada Pakatan Harapan (PH) kerana cadangan beliau untuk menggunakan Logo Keadilan dalam PRU akan datang telah ditolak dengan kuat oleh parti komponen PH,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Harris Idaham berkata, Akmal gagal memahami Seksyen 34(1) yang memberi perlindungan kepada pembeli iaitu “Pemaju tidak boleh mengenakan apa-apa caj pembayaran lewat berkenaan dengan ansuran yang tidak berbayar itu ke atas pembeli.

Katanya, Akmal juga salah apabila beliau menyifatkan tarikh siap projek itu ditukar sesuka hati. Seksyen 35 1 (a) dan (b) Akta 829 telah memperuntukan pelanjutan masa bagi tarikh siap projek dan sekaligus penangguhan pembayaran “Liquidated Ascertained Damages” (LAD).

Akmal juga katanya, turut menyentuh tentang status terkini PRIMA Tebrau, Melaka Tengah 2 dan Port Dickson yang faktanya hanya sekadar di permukaan sahaja.

Menurut Harris lagi, sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan, Akmal dengan sengaja tidak menyentuh satu inisiatif kerajaan yang membantu ramai golongan muda memiliki rumah pertama iaitu “House Ownership Campaign (HOC)”.

Kempen itu merupakan buah fikiran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamarudin dan ia telah bermula sejak 1 Januari 2019 dan data yang diperolehi sehingga 31 Mac lalu menunjukan sebanyak 98,374 unit rumah dijual dengan nilai keseluruhan sebanyak RM73.11 billion.

“Total diskaun yang diberikan kepada pembeli adalah RM11.69 billion dalam tempoh tersebut. Kerajaan Perikatan Nasional telah melanjutkan tempoh HOC sehingga 31 Disember 2021,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: