HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 Jun 2021

Amanah tolak penubuhan MAGERAN - Mohamad Sabu

Khairunnisa Kasnoon
Amanah tolak penubuhan MAGERAN - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata, perjuangan parti adalah untuk menamatkan darurat yang terbukti gagal menangani COVID-19 dan merosakkan sistem demokrasi. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menolak penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) seperti dicadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Presidennya Mohamad Sabu berpendapat MAGERAN ibarat seperti satu lagi siri darurat yang jelas tidak berkesan dalam memerangi pandemik COVID-19.
 
“Perjuangan kita adalah untuk menamatkan darurat yang terbukti gagal menangani COVID-19 dan merosakkan sistem demokrasi.
 
“Kenapa perlu kepada darurat 2.0 (MAGERAN)? Amanah kekal menolak darurat,” tegasnya menerusi laman Twitter malam ini.
 
Kenyataan Mohamad itu susulan kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkan MAGERAN mampu menyelesaikan masalah pandemik, politik, ekonomi dan sosial kesan penularan COVID-19.
 
Dr Mahathir Mohamad mempersembahkan cadangan itu semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'​ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Tiada ulasan: