HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 Jun 2021

Bincang isu Covid-19, darurat, Parlimen dengan Agong – Tuan Ibrahim

Wartawan MalaysiaGazette
MGF19102020_TUAN-IBRAHIM-LAWAT-LOJI04
Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Pertemuan pemimpin Pas dengan Yang di-Pertuan Agong hari ini berkisar perkembangan Covid-19, darurat dan persidangan Parlimen.

”Tuanku sangat terbuka dan mesra berbincang, namun baginda serius apabila menitahkan hal-hal yang berkaitan kes-kes Covid-19 yang sedang berlaku,” kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau mewakili Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di Institut Jantung Negara dalam pertemuan itu.

Menurutnya, Pas  akan terus mendukung pendirian yang diambil untuk menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara hari ini.

Tuan Ibrahim menambah, Pas juga telah mengarahkan seluruh jentera parti untuk terus memobilisasi usaha membantu petugas barisan hadapan dalam semua inisiatif di bawah program vaksinasi kebangsaan seperti melancarkan kempen dan bertindak sebagai pemudah cara untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: