HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 Jun 2021

Buka Parlimen segera demi selesai isu COVID-19 - Anwar Ibrahim

Astro Awani
Buka Parlimen segera demi selesai isu COVID-19 - Anwar Ibrahim
Anwar berkata, pembukaan Parlimen memberi pemahaman kepada masyarakat tentang situasi semasa pandemik itu di negara ini. - Gambar/ Astro AWANI
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempertimbangkan pembukaan segera Parlimen untuk memastikan segala persoalan mengenai isu COVID-19 dijawab.
 
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sekali gus memberi pemahaman kepada masyarakat tentang situasi semasa pandemik itu di negara ini.
 
"Bagi orang biasa faham... perlu diadakan sidang segera kerana wabak ini menular dan tidak ada petanda mudah untuk meleraikannya," katanya di laman Facebooknya, malam ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pertemuan Majlis Raja-Raja di Istana Negara, semalam.
 
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya susulan titah pandangan yang dikemukan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
 
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menggesa Muhyiddin untuk membuka Parlimen secepat mungkin atau mengundur diri.
 
Menurut mereka, Perdana Menteri perlu menjunjung titah dan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin.
 
Sebelum ini, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menjelaskan, pihaknya sedia menjalankan sidang Parlimen pada bila-bila masa yang ditetapkan.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar menasihati kerajaan agar memanfaatkan pandangan pakar-pakar luar serta penyelidikan termasuk universiti tempatan dalam isu melibatkan COVID-19

Tiada ulasan: