HALAMAN SANTAI

Rabu, 9 Jun 2021

Dakwa MB Terengganu difitnah, PAS buat laporan polis

Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid 
(kanan) berkata, fitnah itu bagi mengambil kesempatan dan mencari 
sokongan politik murahan.

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu hari ini membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita yang mengulas tentang kedudukan Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar yang didakwa dalam situasi genting ketika ini.

Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid berkata laporan yang disiarkan itu adalah fitnah dan berniat jahat untuk mencemar kredibiliti kepemimpinan Ahmad Samsuri.

“Saya percaya ini dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan dan mencari sokongan politik murahan ketika kerajaan dan rakyat sedang berdepan ancaman pandemik Covid-19.

“Perbuatan fitnah ini hanya mahu menimbulkan prasangka buruk, mencetuskan keresahan masyarakat dan kebencian memuncak terhadap kerajaan yang dipilih secara demokratik,” katanya yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 4.02 petang tadi.

Muhyiddin yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu berharap siasatan dapat dijalankan secepat mungkin terhadap portal berita itu

Tiada ulasan: