HALAMAN SANTAI

Sabtu, 19 Jun 2021

Jika berdegil, PM wajar letak jawatan cara terhormat – Anwar

Wartawan MalaysiaGazette
MGF12112020_OWH-MG-ANWAR-IBRAHIM26
Datuk Seri Anwar Ibrahim .

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri wajar letak jawatan sekiranya masih enggan mengadakan sidang Parlimen pada kadar segera.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu wajar dilakukan secara terhormat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa masih berdegil.

“Kalau enggan (buat sidang Parlimen segera) baik secara terhormat untuk selamatkan negara, ekonomi, penyelesaian masalah Covid-19 dirangka lebih baik..secara terhormat kamu lebih baik undur.

“Saya rasa itu pegangan Pakatan Harapan dan kebanyakan ahli-ahli Parlimen,” katanya dalam video di media sosialnya hari ini.

Anwar juga kesal dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan juga dilihat masih mahu ‘bersilat’ dengan permintaan istana.

“Ini gesaan kedua dari Istana Negara terkait sidang Parlimen. Jika kerajaan ini kerajaan yang bertanggungjawab dan punya maruah, seharusnya gesaan itu dituruti pantas. Speaker juga gagal mainkan peranannya dengan baik,” katanya.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: