HALAMAN SANTAI

Selasa, 15 Jun 2021

Kenapa penyokong PPBM kepanasan? – Asyraf

Wartawan MalaysiaGazette

jajaran-baharu

KUALA LUMPUR – Sebarang perubahan dasar termasuk pembentukaan Jajaran Baharu hanya boleh diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sahaja.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki menjelaskan tiada individu hatta Presiden UMNO sekalipun boleh merubah atau meminda keputusan ini.

Sedangkan sehingga hari ini, keputusan tiada kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) masih kekal, justeru tidak timbul sebarang bentuk Jajaran Baharu.

Asyraf sekali lagi mengulangi perkara ini susulan tular pelbagai poster yang cuba menggunakan taktik perang saraf membentuk persepsi kononnya UMNO telah membentuk jajaran kerjasama baharu dengan PH khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Poster tular terbaharu melibatkan Asyraf.

Asyraf berkata, jika diperhalusi profil-profil media sosial yang menularkan poster-poster ini kebanyakannya menggunakan akaun palsu atau penyokong Perikatan Nasional (PN) terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Siapa sebenarnya yang kepanasan? Tak dapat pula dipastikan sama ada mereka adalah penerima elaun tetap JKOM (Jabatan Komunikasi Komuniti),” sindir beliau.

Tegas Asyaraf, pendirian UMNO sebagaimana yang diputuskan dalam Perhimpunan Agong UMNO (PAU) pada 28 Mac 2021 dan seterusnya diperincikan dan diabsahkan dalam Mesyuarat MKT 25 April 2021 jelas bahawa UMNO tidak akan bekersama dengan PKR mahupun DAP.

UMNO juga tidak akan bersama dengan PPBM dalam PRU-15.

”Pelik juga geng-geng penyokong PPBM ni semakin meroyan walhal mereka lupa yang PPBM ditubuhkan hasil perbincangan antara Tun Mahathir dengan Lim Kit Siang betapa perlu menubuhkan sebuah parti Melayu sebagai komponen PH untuk menarik sokongan dan memecahkan undi Melayu antara 10-15% bagi membolehkan PH menang dan memerintah dalam PRU-14 lalu.

”Ternyata formula tersebut telah berjaya merealisasikan hasrat DAP dan rakan-rakan mereka dalam PH menjadi kerajaan selama 22 bulan,” ujarnya.

Hakikatnya UMNO satu-satunya parti yang tidak pernah bersama dengan DAP mahupun PKR.

Malah, katanya, Pemuda UMNO akan terus berpegang kepada ketetapan PAU dan keputusan MKT untuk terus menjad jurubicara rakyat dan agen semak dan imbang kepada kerajaan yang ada demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat ‘without fear or favour’. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: