HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Jun 2021

Kerajaan jangan beri alasan tak kawal harga minyak masak – Zahid

MGF28032021_PAU-UMNO69
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pergulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MALAYSIA GAZETTE

KUALA LUMPUR – Kenaikan harga minyak masak botol lima kilogram (kg) sebanyak RM5 sehingga melonjakkan harga barang keperluan itu sehingga RM30 disifatkan melampau.

Ia juga dilihat ada cubaan mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenaikan itu bukan perkara baharu bahkan ia telah bermula sejak umat Islam menjalani ibadah puasa lagi.

“Janganlah melampau sangat. Inilah dinamakan ambil kesempatan di atas kesempitan yang semua rakyat sedang menanggungnya.

“Meningkat hampir RM5 setiap botol berbanding RM23.90 hingga RM27.90 pada Ramadan lalu.

“Pada waktu PKP 3.0 inilah mereka mahu naikkan harga. Tidak tahukah rakyat sedang susah,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, portal FreeMalaysiaToday hari ini melaporkan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyiasat kenaikan barang keperluan harian itu.

Menurut Mohd Yusof Abdul Rahman, sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan untuk menetapkan kembali harga siling bagi minyak masak botol dan dimasukkan dalam senarai harga barangan kawalan supaya rakyat tidak terus menderita.

Tiada ulasan: