HALAMAN SANTAI

Ahad, 20 Jun 2021

Kuasa diberi terus kepada Agong-Rais Yatim rais RAIS YATIM

Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI

rais
RAIS YATIM

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, dibawah ordinan berkenaan, kuasa tersebut diberikan terus kepada Seri Paduka Baginda.

“Berdasarkan Seksyen 14 (1) (b) ordinan itu yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Kuasa ini diberikan terus kepada Seri Paduka Baginda. Penurunan kuasa selesai,”  katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.-UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: