HALAMAN SANTAI

Khamis, 17 Jun 2021

Pak Lah dalam keadaan baik, pejabat bekas PM nafi khabar angin

Pak Lah is doing well, still jovial — Reezal Merican | The Edge Markets

PETALING JAYA: Pejabat Abdullah Ahmad Badawi menafikan khabar angin terbaru yang tular di media sosial berhubung kematian bekas perdana menteri itu.

Katanya, Abdullah yang lebih dikenali sebagai Pak Lah “dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga beliau”.

Pejabatnya memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu.

“Pihak pengurusan berharap masyarakat dapat memastikan dahulu kesahihan daripada pihak berautoriti sebelum menyebarkan apa-apa berita bagi mengelakkan kekeliruan,” katanya dalam kenyataan.

Ini bukan kali pertama khabar angin itu tersebar kerana pada Ogos 2020, satu artikel disiarkan berhubung kematian Abdullah, dengan pegawai khasnya membuat laporan polis terhadap berita palsu itu.

Kes itu kemudiannya dikategorikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), dengan Ketua Polis Negara ketika itu, Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, terdapat salah komunikasi berhubung perkara itu dan tiada niat jahat daripada pengarang artikel terbabit.

Abdullah yang akan berusia 82 tahun pada November ini dilantik sebagai perdana menteri kelima dari 2003 hingga 2009.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: