HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 Jun 2021

Pemimpin UMNO berdepan kes mahkamah ada niat jahat mahu Parlimen dibuka


Kerajaan Perikatan Nasional 'tidak takut' dengan pembukaan semula Parlimen.

Gesaan membuka sidang Parlimen dengan segera mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO yang terdesak sedang berdepan kes mahkamah, kata penganalisis sains solitik terkenal, Dr Chandra Muzaffar.

Sebelum ini pernah tular surat sokongan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak pernah dinafikan kedua-duanya sehingga sekarang.

“Ini adalah salah satu daripada alasan kenapa ada beberapa orang menggesa supaya Parlimen bersidang semula,” beliau dipetik berkata.

Beliau tidak menolak desakan kumpulan tersebut yang kini dilihat intim bersama blok pembangkang mempunyai motif lain, ia lebih kepada kepentingan peribadi dan politik masing-masing.

“Jadi sekarang, jika mereka mahu gunakan Parlimen untuk tujuan lain kerana ada motif lain, mungkin motif-motif yang berkait dengan kes-kes mahkamah mereka, masa depan politik mereka dan lain-lain, itu adalah satu hal yang menyedihkan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, ia adalah realiti politik yang perlu sedang berlaku di Malaysia dan pembangkang nampaknya sanggup bersekongkol dengan kumpulan tersebut.

“Ini adalah satu perkara yang menjadi hakikat politik Malaysia. Wujud agenda-agenda jahat sebegini rupa,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli-ahli Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata keputusan yang diperkenan oleh Baginda selepas memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan.

Tiada ulasan: