HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Jun 2021

Portal Amanah sebar berita palsu konon Agong setuju bincang kerajaan baharu

Istana Negara

Portal Amanah didakwa telah menyebar berita palsu kononya pemimpin politik pembangkang mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membincangkan pentadbiran baharu.

Sebaliknya difahamkan pertemuan di antara Seri Paduka Baginda bersama ketua-ketua parti politik pada 9 hingga 11 Jun ini hanyalah perjumpaan biasa dan bukan bertujuan membentuk kerajaan baharu.

Laman sesawang tersebut kemudian dilihat menyahterbit laporan berkenaan yang memetik Presidennya, Mohamad Sabu sebagai berkata ‘ada sesuatu yang baik’ bakal diumumkan sedikit masa lagi.

Sumber rapat yang maklum dengan pertemuan pihak istana dan pemimpin politik sepanjang perintah darurat dikuatkuasakan berkata pertemuan yang diaturkan tersebut hanyalah perjumpaan biasa.

“Memang betul dari segi menghadap, namun dari segi tujuan ia diadakan tak betullah (seperti yang diuar-uarkan),” kata sumber itu, memetik laporan MalaysiaNow hari ini.

Spekulasi mengenai pertemuan dengan Agong itu berpunca daripada permohonan bekas ahli UMNO yang kini menganggotai Amanah, Khairuddin Abu Hassan selepas meminta Al-Sultan Abdullah untuk memberikan perkenan menghadap kepada pemimpin politik bagi mencari jalan keluar bagi ‘menyelamatkan negara’.

Sementara itu Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil turut menafikan kewujudan pertemuan tersebut.

Pertemuan di istana itu hanyalah bagi mendapatkan maklum balas daripada pemimpin politik berhubung beberapa isu yang berkaitan dengan usaha-usaha melawan wabak Covid-19 selain perintah darurat yang masih berkuat kuasa di seluruh negara.

Beberapa pemimpin pembangkang adalah antara 19 anggota dwipartisan dalam jawatankuasa yang dibentuk oleh kerajaan, berperanan sebagai badan penasihat kepada Agong mengenai langkah-langkah untuk mengawal pandemik Covid-19 selama perintah darurat dilaksanakan.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan istana setakat ini.

Tiada ulasan: