HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 Jun 2021

Rancangan The Three Stooges semasa sidang Parlimen dibuka


Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 'datuk seri tiga serangkai' berusaha memburuk-burukkan Perikatan Nasional dan merancang strategi politik bagi menafikan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Tekanan dan desakan berterusan The Three Stooges yang terdiri daripada Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak untuk membuka sidang Parlimen lebih kepada agenda peribadi dan kepentingan kuasa masing-masing.

Selepas titah Yang di-Pertuan Agong, ketiga-tiga mereka ini senada dan kenyataan media juga hampir sama seakan wujudnya satu pakatan bersama untuk memberi tekanan kepada kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berselindung disebalik kenyataan Istana Negara adalah senjata ampuh untuk mendesak Muhyiddin membuka sidang Parlimen dan pada masa sama meneruskan rancangan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Dua bukti awal sebelum ini yang tidak pernah dinafikan oleh ketiga-tiga mereka, surat sokongan Zahid dan Najib serta klip audio Anwar dan Zahid adalah bukti jelas wujud pakatan sulit untuk menjayakan rancangan menjatuhkan kerajaan.

Tujuan desakan membuka sidang Parlimen sebenarnya adalah lebih kepada agenda untuk merampas kuasa dan alasan menggunakan rakyat adalah untuk mengaburi pandangan orang ramai kononnya mereka sedang berjuang untuk rakyat.

Tiga rakan baik ini sebenarnya mempunyai niat dan cita-cita yang lebih jauh iaitu menolak rang undang-undang yang akan dibawa kerajaan dalam Dewan Rakyat nanti kemudiaan memastikan ianya tidak mendapat majoriti.

Anwar begitu yakin dengan bantuan Zahid dan Najib, kerajaan tidak akan mendapat majoriti yang mencukupi untuk meluluskan rang undang-undang yang akan mereka bentang. Kemudiaan, apabila kerajaan tidak dapat meluluskan rang undang-undang yang dibawa, ia akan menjadi alasan untuk mendakwa kononnya kerajaan sekarang tiada majoriti dalam Dewan Rakyat.

Anwar yakin sehingga sampai ke tahap sudah mencari akuan berkanun (SD) daripada Ahli Parlimen (MP) di blok pembangkang untuk menyokongnya sebagai Perdana Menteri (PM) walaupun kerajaan belum memutuskan tarikh untuk membuka Parlimen.

Persediaan awal yang dirancang rapi oleh Anwar kerana apabila kerajaan tiada majoriti, pasti Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah akan memanggil semula semua Ahli Parlimen menghadap dan bertanyakan berhubung calon perdana menteri yang mereka sokong seperti sebelum ini.

Ketika itu, Anwar akan mempersembahkan SD yang dimiliknya sebagai bukti bagi menunjukkan sokongan dimilikinya. Permasalahan dihadapi Anwar sekarang, SD yang dimilikinya tidak mencukupi kerana Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang tidak menyokongnya.

Sampai ke satu tahap, Anwar sanggup menghubungi sendiri MP di Sabah khususnya dari Warisan mendakwa sudah mendapat restu Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal. Lebih lucunya, ia dilakukan secara diam-diam sehingga MP Warisan terpaksa menghubungi Shafie bagi mengesahkan kesahihan dakwaan Anwar tersebut.

Shafie tidak dan tidak akan pernah menyokong Anwar sebagai PM, itu adalah pendiriannya sekian lama. Anwar mungkin boleh berhujah dan menangis darah untuk memujuk sekali pun ia tidak akan mengubah pendirian Shafie.

Shafie adalah anak didik setia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, pendiriannya kukuh sama dengan mentornya.

Jadi, secara kesimpulannya apakah rasionalnya ketiga-tiga mereka ini menggesa sidang Parlimen dibuka? Bagi mereka, kuasa dan agenda kepentingan peribadi lebih penting berbanding permasalahan Covid-19 yang sedang didepani negara.

Isu Covid-19 boleh diletak tepi asalkan dapat menjadi PM dan terlepas pendakwaan di mahkamah.

Mungkin Anwar sangat teruja boleh menayangkan kereta Jaguarnya sekali lagi untuk tatapan umum semasa pergi ke Istana Negara nanti sekali lagi tatkala rakyat memerlukan bantuan dengan segera.

Tiada ulasan: