HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 Jun 2021

‘Saya bangun pagi tadi saya masih MB Terengganu’

Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menyerahkan kepada polis menyiasat isu fitnah Menteri Besar Terengganu 
 
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan individu tertentu mengenai dosa menyebar fitnah sambil berkata beliau masih Menteri Besar Terengganu.

Beliau menyifatkan isu pertukaran Menteri Besar Terengganu yang hangat diperkatakan bukan satu masalah besar dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat laporan sebuah portal yang dikatakan berunsur fitnah berhubung perkara itu.

“Saya rasa saya bangun pagi tadi saya masih lagi menteri besar walaupun ada gambar 10 orang jadi menteri besar yang bertukar setiap jam,” katanya berseloroh hari ini.

Terdahulu beliau menziarahi keluarga Allahyarham Jusoh Muda, 83, yang meninggal dunia pagi tadi, selepas mengalami lecur pada badan dan kaki dalam kebakaran rumah di Kampung Losong Haji Su pada Isnin lalu.

Selasa lepas, PAS Terengganu membuat laporan polis terhadap laporan sebuah portal berita pro pembangkang berhubung artikel yang mendakwa kedudukan Menteri Besar Terengganu yang tersepit antara masalah dengan istana dan usaha pimpinan lain dalam parti itu untuk mengambil alih tempat beliau.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhyiddin Abdul Rashid berkata beliau membuat laporan polis itu setelah mendapati kandungan berita berkenaan bersifat fitnah, tidak benar dan berniat jahat terhadap kredibiliti Ahmad Samsuri.

Katanya, antara laporan portal berkenaan hari ini antara lain menyebut kedudukan Menteri Besar Terengganu kini tersepit antara masalahnya dengan pihak istana dan juga usaha lain dalam PAS untuk mengambil alih tempat beliau.

Tiada ulasan: