HALAMAN SANTAI

Sabtu, 12 Jun 2021

‘Special’ betul pemimpin Pas ni

Wartawan MalaysiaGazette
MGF_25022021_TEMUBUAL-MENTERI-BESAR-KEDAH_00
Muhammad Sanusi Md Nor

KUALA LUMPUR – Kes siasatan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman menimbulkan persoalan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi bertanya, adakah kes tersebut sangat rumit sehingga perlu di rujuk kepada USTJ.

”Sebelum ini kes Menteri Perusahaan Perladangan juga dirujuk ke unit yang sama di Bukit Aman. Special betul dua pemimpin Pas ini,” katanya sambil bertanya berapa lama tempoh siasatan.

Mohd Puad mengulas mengenai siasatan ke atas Muhammad Sanusi yang sedang disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Siasatan itu dibuat susulan tular gambar dan video di media sosial memaparkan menteri besar itu memandu uji sebuah kereta jenis Ford Raptor di Autocity Juru, baru-baru ini.

Veteran UMNO itu mendakwa, kalau rakyat biasa mereka akan dikompaun dengan cepat dan sepatutnya kes membabitkan ‘orang-orang sangat penting’ tidak dilengah-lengahkan.

Beliau mengambil contoh kes Datuk Seri Najib Razak yang tidak dirujuk ke USTJ walaupun bekas perdana menteri.

Kes Najib disiasat di Ibu Pejabat Polis Jalan Dang Wangi sahaja dan tiada masalah pun, katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: