Faris Danial Razi
Takiyuddin
berkata pihak Kerajaan sedia terima pandangan dan saranan daripada
pembangkang, asalkan ia tertumpu kepada pelaksanaan pelan pemulihan
negara daripada wabak COVID-19. -
Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR:
Semua Ahli Parlimen perlu beri tumpuan kepada saranan Yang di-Pertuan
Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah yang mahu
peranan Parlimen menjadi platform penting untuk wakil rakyat
membincangkan pelbagai isu, khususnya berkaitan COVID-19.
Menurut
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk
Seri Takiyuddin Hassan, pihak Kerajaan sedia terima pandangan dan
saranan daripada pembangkang, asalkan ia tertumpu kepada pelaksanaan
pelan pemulihan negara (exit strategy) daripada wabak COVID-19.
"Yang
di-Pertuan Agong titah bincang isu COVID-19, jadi kita fokus tentang
COVID-19. Kerajaan sedia terima pandangan dan saranan daripada
pembangkang sekali pun.
"Tuanku tidak titah (untuk bincang) perkara lain. Jangan nanti bila sampai Parlimen... macam biasa, kita tahu,” ujarnya.
Beliau
berkata demikian sebagai merujuk kepada usaha pihak-pihak tertentu yang
mungkin mempunyai agenda untuk melaksanakan undi tidak percaya di Dewan
Rakyat.
Mengulas mengenai pandangan Seri
Paduka Baginda supaya parlimen untuk dibuka secepat mungkin, Takiyuddin
berkata ia adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang memaklumkan bahawa Parlimen boleh bersidang
sekitar September atau Oktober.
"Perkataan digunakan dalam kenyataan Yang di-Pertuan Agong adalah 'persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin'.
“Yang
di-Pertuan Agong pun tidak menitahkan supaya persidangan Parlimen perlu
diadakan pada bulan tertentu, sebaliknya secepat mungkin.
"Perdana Menteri kata pun September atau Oktober. Sekarang kita dah hampir penghujung Jun.
"Selepas
ini Julai, Ogos, September, ya sudah hampir. Pasti persidangan akan
diadakan," katanya dalam temu bual Bicara Harakah berjudul ‘Proklamasi
Darurat: Berjaya atau Sebaliknya' pada Rabu.
Terdahulu,
Muhyiddin melaporkan bahawa sidang Parlimen boleh diadakan sekitar
September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP)
yang ditetapkan.
Beliau malah menyuarakan
tekad untuk terus mendukung prinsip demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan yang menjadi teras kedaulatan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan