HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Jun 2021

Wan Saiful kalau mahu jadi wira rakyat perjuangkanlah moratorium – Asyraf

Wartawan MalaysiaGazette
MGF17092020_CERAMAH-UMUM-BN-TAWAU-9
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – ”Cepat betul Ketua Penerangan PPBM ‘claim credit’,” sindir Ketua Pemuda UMNO kepada Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh adalah tepat dan telah mula menunjukkan hasil.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, penurunan kes Covid-19 menafikan segala tuduhan yang dilemparkan seolah-olah kerajaan tidak mempunyai rancangan yang terperinci.

Mengulas mengenai kenyataan tersebut, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki bertanya adalah Wan Saiful lupa bahawa pelaksanaan total lockdown yang dikuatkuasa sekarang diminta oleh rakyat sebelum angka kes jangkitan mencecah 9,000.

Tetapi, kata Asyraf, Presiden PPBM yang menolak melaksanakannya dan memberi fakta salah dengan mendakwa negara akan rugi kalau buat total lockdown.

Manakala Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dari PPBM pula bermati-matian pertahankan untuk jangan buat lockdown.

Asyraf berkata, tidak mengapa lah kalau Wan Saiful mahu menjadi wira rakyat.

Namun, beliau mencadangkan agar Wan Saiful tolong perjuangkan juga suara rakyat yang meminta i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 dan moratorium automatik tanpa caj dan faedah tambahan yang ketika ini hanya diberikan kepada B40. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: