HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 Jun 2021

Zambry perlu wujudkan rasa muhibah parti dalam BN - Penganalisis

Wan Syamsul Amly
Zambry perlu wujudkan rasa muhibah parti dalam BN - Penganalisis
Menurut penganalisis, pelantikan Zambry proses menyiapkan strategi gabungan itu menghadapi PRU15 yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja. - Gambar hiasan BERNAMA
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Zambry Abdul Kadir kini menggalas tanggungjawab besar untuk mewujudkan rasa muhibah dan perpaduan dalam kalangan komponen Barisan Nasional (BN).
 
Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi dan Penganalisis Politik UiTM, Profesor Datuk Ismail Sualman berkata, tanggungjawab itu perlu diberi perhatian khusus dan bukan dianggap mudah pada waktu ketegangan politik negara akhir-akhir ini.
 
Keperluan mewujudkan semangar muhibah itu, kata Ismail, amat penting kerana perkara yang perlu dielakkan ialah menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) kelak, masih lagi wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan parti komponen.

Tiada ulasan: