Eton Khir
Mujibu berkata, kerajaan perlu mengubah corak orientasi dalam melayan ahli pembangkang sebagai rakan profesional.
KUALA LUMPUR:
Reformasi parlimen baharu ini perlu lebih diperluaskan dalam konteks
keterlibatan pembangkang bagi memberikan keseimbangan dalam parlimen.
Menurut
Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Mujibu
Abd Muis, penawaran ini seharusnya dilakukan lebih awal namun masih
tetap menyambut baik dan dilihat mampu membuka jalan kepada pelbagai
lagi reformasi politik.
"Terutamanya
yang melibatkan dasar dan juga jawatankuasa contohnya urusan penting di
mana barangkali akan ada keseimbangan kedudukan Ahli Parlimen kerajaan
dan Ahli Parlimen pembangkang dalam jawatankuasa itu.
"Reformasi
ini juga mampu memberikan satu gencatan politik kepada kedua-dua belah
pihak dan seterusnya membuka ruang kepada kerajaan untuk lebih fokus
dalam mendepani pandemik COVID-19 dan bersedia untuk Pilihan Raya Umum
ke-15 (PRU15) dengan cara masing-masing," katanya kepada Astro AWANI.
Mujibu
berpendapat, parlimen seharusnya menjadi medan perbahasan yang mampu
melahirkan satu percambahan idea serta persaingan pendapat yang baik dan
bukan sebagai gelanggang berpolitik.
Dalam
pada itu, Mujibu berkata, kerajaan perlu mengubah corak orientasi dalam
melayan ahli pembangkang sebagai rakan profesional.
"Pembangkang
tidak lagi boleh dilihat sebagai musuh abadi tetapi harus dilayan
sebagai rakan yang profesional dan mereka ini harus dilayan sebagai
saingan yang berkualiti yang barangkali boleh memberi input yang tidak
barangkali dilihat atau terlepas pandang oleh kerajaan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan