Rahimah Abdullah
Wakil-wakil
pihak Kerajaan dan Pakatan Harapan pada hari ini telah memuktamadkan
sebuah memorandum persefahaman di antara kerajaan Persekutuan dan
Pakatan Harapan.
KUALA LUMPUR:
Setelah mengadakan beberapa pusingan rundingan, wakil-wakil pihak
Kerajaan dan Pakatan Harapan pada hari ini telah memuktamadkan sebuah
memorandum persefahaman di antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan
Harapan.
Menerusi satu kenyataan pada
Ahad, kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani memorandum
persefahaman ini pada esok jam 5 petang di Dewan Bankuet, Parlimen
Malaysia yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob bersama Ketua-Ketua Parti
Pakatan Harapan iaitu Presiden
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan
Eng,
Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius
Tangau.
Kenyataan
bersama itu juga menyebut, semua pihak telah bersetuju bahawa
memorandum persefahaman ini adalah untuk mengembalikan kestabilan
politik negara demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi
negara melalui pedekatan kerjasama secara “dwipartisan“.
"Dengan
persefahaman ini, tumpuan dan keutamaan akan diberikan oleh
kedua-dua pihak kepada landskap politik yang baharu melalui
inisiatif-inisiatif transformasi dan pembaharuan terhadap tata kelola
pentadbiran kerajaan, khususnya memperkasakan peranan institusi
parlimen," kata kenyataan itu lagi.
Kedua-dua
pihak juga bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya memorandum
persefahaman ini kepada umum sebagai komitmen terhadap keterbukaan
penuh dan kebertanggungjawaban.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan