Rahimah Abdullah
Ahmad
Maslan berkata, penelitian lanjut mengenai akta pendanaan politik perlu
dilakukan bagi memberikan kefahaman tertentu termasuk mengenai maksud
dana awam dan dana swasta. - Facebook/Sinar Live
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Maslan berpendapat Akta Pendanaan Politik perlu diteruskan kerajaan pada masa sekarang.
Bagaimanapun,
kata Setiausaha Agung UMNO itu, draf akta berkenaan perlu dibentangkan
semula oleh pihak berkaitan bagi mendapatkan maklum balas yang terkini.
Pendirian
itu disuarakan Ahli Parlimen Pontian itu memandangkan beliau pernah
menjadi mangsa kepada dana politik yang tidak diaktakan.
Malah,
kes berkenaan menyebabkan beliau bukan individu pilihan untuk menyertai
barisan Kabinet ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin mahupun
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Kenapa
tiba-tiba saya nak perkenalkan semula (akta), atas nama saya sendiri,
adalah kerana, saya Ahli Parlimen yang menjadi mangsa kepada dana
politik yang tidak diaktakan.
"Ada dua
kes sahaja tentang saya, iaitu dituduh menerima sejumlah wang tetapi
konon saya tak bayar cukai, maka saya tak masuk dalam senarai (kabinet)
Muhyiddin.
"Dan dalam senarai (kabinet)
Ismail Sabri juga saya tidak masuk sebab ada sedikit masalah itu,"
katanya dalam Forum Akta Pendanaan Politik yang disiarkan di Facebook
Sinar Live pada Jumaat.
Ujarnya,
penelitian lanjut mengenai akta berkenaan perlu dilakukan bagi
memberikan kefahaman tertentu termasuk mengenai maksud dana awam dan
dana swasta, atau dana dalam bentuk barangan yang diterima seseorang.
Katanya lagi, Kerajaan Barisan Nasional pada 2009 telah berusaha membentangkan rang undang-undang mengenai pendanaan politik.
Namun, ia terhenti pada peringkat draf akta pada 2016 dan tidak dapat dibentangkan pada ketika itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan