HALAMAN SANTAI

Rabu, 15 September 2021

Terima kasih kerana setuju dengan cadangan saya – Ahmad Maslan

WhatsApp-Image-2021-09-14-at-16

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju dengan salah satu cadangannya untuk melakukan transformasi Parlimen.

Cadangan itu mewujudkan seorang lagi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat menjadikan jumlah jawatan itu kepada tiga orang yang dikhususkan untuk wakil pembangkang.

Sementara itu, timbul spekulasi lain mengenai penangguhan pemilihan Timbalan Speaker yang sepatutnya diadakan hari ini.

Veteran UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, sehari selepas Memorandum Persafahaman Kerajaan-PH (Pakatan Harapan) dimeterai, suhu politik kembali panas.

Pemilihan Timbalan Speaker terpaksa tangguh.

Beliau difahamkan, ahli-ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan 4 ahli Parlimen bebas menolak pencalonan Ahmad sebagai calon kerajaan.

”Sudah tentul pihak yang berdendam terhadap Ahmad Maslan menjadi dalangnya. Dan sudah tentu kluster mahkamah dijadikan alasan.

”Kenapa double standard? Memorandum yang dimeterai melibatkan DAP. Apakah Lim Guan Eng bukan kluster mahkamah? Dia naik atas pentas mewakili DAP semalam,” dakwa beliau.

Tambahnya, disebabkan bimbang Nga Kor Meng calon DAP menang percuma, kerajaan didakwa minta ehsan PH supaya bersetuju mengeluarkan agenda memilih Tiimbalan Speaker daripada senarai aturan Parlimen hari ini.

Susulan itu, pindaan Perlembagaan akan dibuat untuk menambah jawatan Timbalan Speaker kepada tiga orang.

Satu darinya akan diberi pada DAP jika sokong pindaan itu.

”Bermakna ada tambahan item baru dalam memorandum persafahaman kerajaan-PH. Politiking berterusan.

”Semoga Perdana Menteri tidak membiarkan dirinya nampak lemah dan mudah ditekan. Membimbangkan, sampai tahap pinda perlembagaan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: