Amirrul Rabbani
Kata
Ahmad Faizal apabila usul undi percaya itu dibawa, perkara berkenaan
seolah-olah cuba menidakkan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan
perlantikan tersebut. - Gambar fail
IPOH:
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri
Ahmad Faizal Azumu berpandangan tiada keperluan membawa usul undi
percaya untuk mengabsahkan pelantikan perdana menteri, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula minggu
hadapan.
Justeru ahli Parlimen Tambun itu
menyifatkan bahawa pihak pembangkang yang mendesak supaya usul
berkenaan tetap dibawa dalam persidangan itu, tidak memahami kaedah
perundangan negara berhubung lantikan seorang perdana menteri.
Katanya
apabila usul undi percaya itu dibawa, perkara berkenaan seolah-olah
cuba menidakkan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenan perlantikan
tersebut.
“Mungkin
Pembangkang tak berapa faham. Apabila Yang di-Pertuan Agong telah pun
membuat lantikan, setelah Tuanku Baginda benar-benar yakin seseorang itu
telah mempunyai sokongan majoriti Dewan, maka tak perlu lagi kita nak
bawa kepada Dewan.
“Apabila mereka nak
bawa ke Dewan, ini bermaksud mereka menidakkan kuasa lantikan seorang
perdana menteri itu, oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Moh Lepak
Sekejap Bersama YB Peja yang dianjurkan Majlis Belia Negeri dan Jabatan
Belia dan Sukan Negeri Perak, di Meru Raya di sini pada Ahad.
Pada
Sabtu Pakatan Harapan (PH) dilaporkan menyambut baik usaha perdana
menteri, untuk melaksana transformasi Parlimen namun tetap berpandangan
bahawa usul undi percaya terhadap Ismail Sabri masih perlu dilakukan.
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH melihat wujud
keperluan usul undi percaya itu diadakan secepat mungkin pada sidang
Dewan Rakyat kali ini berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong kepada
ketua-ketua parti politik sewaktu sesi menghadap di Istana Negara pada
17 Ogos lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan