HALAMAN SANTAI

Sabtu, 15 Januari 2022

Positif dadah: Peguam sahkan ADUN DAP ditahan semalam

ADUN DAP Pasir Berdamar, Terence Naidu./ Gambar media sosial

PEGUAM, RSN Rayer mengesahkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pasir Bedamar, Terence Naidu ditahan polis semalam kerana didapati positif bahan terlarang.

Ahli Parlimen Jelutong itu yang dihubungi Malaysiakini dilaporkan berkata, proses reman ke atas Terence berlangsung hari ini.

“Ya dia (Terence) ditahan.

“Saya hadir prosiding reman hari ini.

“Mereka (polis) meminta empat hari dan saya membantah reman itu. Mahkamah memerintahkan (untuk) dia dibebaskan,” katanya seperti dilapor Malaysiakini malam ini.

Terence, 54, menyandang jawatan ADUN selama dua penggal.

Bernama sebelum ini melaporkan seorang ADUN Perak ditahan dalam serbuan polis di sebuah kelab malam di Perai malam tadi.

Dia kemudiannya ditahan selepas didapati positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu menetapkan bahawa mana-mana orang yang mengambil atau memberikan kepada dirinya sendiri apa-apa dadah berbahaya adalah bersalah. Mereka yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Jabatan Siasatan Narkotik Polis Pulau Pinang Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan 47 yang lain turut ditahan dalam serbuan jam 9 malam itu.

Tiada ulasan: