HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 Januari 2022

Pemuda AMANAH seru PH muktamadkan segera agihan kerusi PRU15

Pemuda AMANAH Nasional menyeru seluruh kepimpinan Pakatan Harapan di semua peringkat untuk segera memuktamadkan urusan pembahagian kerusi dan hal berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Ketua Pemudanya, Razak Ridzuan berkata, perbincangan perlu diselesaikan bagi memastikan persediaan jentera dapat dibuat dan gerak kerja boleh ditumpukan untuk meningkatkan sokongan kepada gabungan PH.

“Pemuda AMANAH menggesa agar Konvensyen Pakatan Harapan diadakan pada tahun ini sebelum PRU15

“Ini bagi memberi mesej jelas kepada rakyat bahawa PH bersedia dan serius untuk mengambil alih Putrajaya dengan menawarkan sebuah kerajaan yang stabil dan kompeten,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemuda AMANAH turut menyatakan harapan agar kepimpinan tertinggi semua parti khususnya Majlis Presiden dapat mengambil serius saranan tersebut bagi memastikan PH menang dalam PRU ke-15 akan datang.

Tiada ulasan: