HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 Januari 2022

Syed Saddiq dapat nasihat dari bekas Panglima ATM

MALAYSIA POST

Syed Saddiq dapat nasihat dari bekas Panglima ATM

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mendedahkan beliau mendapatkan nasihat dari bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohammed Anwar dalam usahanya untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu berkata beliau meminta nasihat berkenaan isu kebajikan veteran (Single-fair-Pension scheme), isu pengendalian krisis negara dan isu-isu lain.

“Bila mendapat nasihat, masih boleh rasa aura “Panglima” yang masih berbisa. Semoga Allah memberkati beliau dengan kesihatan yang baik.

“Sama sama kita bangunkan Malaysia tercinta,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Syed Saddiq turut berkongsi bahawa datuknya suatu ketika dulu pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta pernah ditugaskan untuk melatih pasukan tentera di Kuwait.

“Saya masuk Maktab Tentera pun kerana arwah atok,” katanya lagi. – Malaysiapost

Tiada ulasan: