HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 Januari 2022

Tun Mahathir dibenar keluar IJN, teruskan pemulihan di rumah

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad GAMBAR: Abd Razak Aid

SELEPAS seminggu berada di Institut Jantung Negara (IJN), Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar pada pukul 3.45 petang tadi dan akan meneruskan proses pemulihan di rumah.

Menurut IJN dalam kenyataan, bekas Perdana Menteri itu dibenarkan keluar selepas prosedur perubatan elektif yang dijalaninya pada 8 Januari lalu berlangsung dengan lancar.

“Beliau telah dibenarkan keluar dari IJN pada 3.45 petang hari ini selepas menjalani prosedur.

“Dr. Mahathir akan meneruskan proses pemulihan di rumah.

“Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan sepanjang seminggu beliau berada di IJN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan berkenaan turut dimuat naik ke akaun Twitter Dr. Mahathir.

7 Januari lalu, Ahli Parlimen Langkawi itu sekali lagi dimasukkan ke IJN, hanya 16 hari selepas keluar daripada pusat perubatan itu bulan lalu.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dimasukkan ke IJN kerana perlu menjalani prosedur perubatan elektif.

Prosedur yang dijalankan sepasukan doktor dari IJN dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu berjalan lancar dan berlangsung sebagaimana dirancang pada 8 Januari lalu.

Tiada ulasan: