HALAMAN SANTAI

Ahad, 6 Februari 2022

‘Ini macam tersilap tekan butang’

MALAYSIA POST

‘Ini macam tersilap tekan butang’

KETIKA kepimpinan Bersatu memperlekehkan Umno, parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sebaliknya didakwa kini semakin berantakan.

Perkara itu dinyatakan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan laporan pemimpin Bersatu, Datuk Zuraida Kamaruddin telah dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp pimpinan tertinggi parti tersebut.

“Presiden PPBM (Bersatu) dan sekutunya suka memperlekeh Umno. Sampai mendakwa bahawa hanya dengan menekan satu butang kerajaan Johor boleh jatuh. Inilah keangkuhan.

“Malangnya dalam keangkuhan itu, tiba-tiba kita dikejutkan bahawa Zuraida sudah ditendang keluar dari kumpulan Whatsapp oleh pimpinan tertinggi PPBM. Semuanya tampak semakin berantakan.

“Ini macam dah ada yang tersilap tekan butang. Lain yang nak ditumbang, lain yang ditendang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu media melaporkan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman mengesahkan laporan menyatakan Zuraida dikeluarkan daripada kumpulan perbualan mereka.

Sebuah portal melaporkan Zuraida dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp yang dianggotai lebih 30 ahli MPT termasuk Muhyiddin, minggu lalu.

Perkembangan itu menyusul ketika laporan menyebut Bersatu sedang menyiasat dakwaan Zuraida kini dikaitkan dengan Parti Bangsa Malaysia. – Malaysiapost

Tiada ulasan: