Halaman

Ahad, 20 Januari 2008

7 ahli politik disiasat rasuah.


KUCHING – Sebanyak 128 kes rasuah yang turut membabitkan ahli politik serta penjawat awam di Sarawak telah disiasat oleh Badan pencegah Rasuah (BPR) sepanjang tahun lalu.

Pengarah BPR Sarawak, Mohamad Yusoff Akope berkata, tujuh melibatkan ahli politik manakala 85 lagi membabitkan penjawat awam.

Menurutnya, daripada jumlah itu juga, seramai 23 orang kakitangan swasta, dua orang daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan 11 yang lain turut disiasat.

‘‘Sepanjang tahun lalu juga, BPR telah menerima sebanyak 900 maklumat daripada orang ramai,” katanya di dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Yusoff berkata, pihaknya telah melakukan 40 tangkapan hasil daripada maklumat dan siasatan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai BPR.

Katanya, tangkapan terbesar membabitkan kakitangan sokongan iaitu sebanyak 21 kes, diikuti orang awam (17 orang) serta dua masing-masingnya pengurusan serta profesional.

‘‘BPR juga telah melakukan dakwaan terhadap sembilan kes,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.