Correct jadi gurauan.
KUALA LUMPUR - Perkataan correct yang kerap disebut oleh Datuk V. K. Lingam semasa berbual dalam rakaman klip video menjadi bahan gurauan popular sejak prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja bermula pada Isnin lalu.
Baik di kalangan peguam, media atau orang awam, perkataan itu sering disebut berserta gaya yang ditiru seakan-akan sama dengan cara percakapan peguam itu.
Biasanya, perbincangan yang pada mula serius akan diakhiri dengan deraian ketawa apabila salah seorang menyebut perkataan correct berulang kali.
Pegawai pengendali, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Azmi Ariffin semasa membacakan semula transkrip perbualan Lingam ketika menyoal salah seorang saksi tidak ketinggalan menyebut perkataan correct dengan nada unik itu.
Begitu juga peguam-peguam pemerhati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.