Halaman

Isnin, 4 Februari 2008

Gambar Rashid sudah dikoyak, giliran pemimpin BN bila?
Azamin Amin


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Tindakan mengoyakkan gambar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Rashid sebagai simbolik bantahan terhadap sikap beliau yang bertindak di luar bidang kuasa dan sering memperlekehkan parti-parti pembangkang demi memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang mengundang pelbagai reaksi pro dan kontra.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri mengganggapnya melampau namun ramai yang bersetuju dengan gimik dan aksi tersebut sebagai satu isyarat protes terhadap beliau selama ini.

"Kalau selama ini tak baik, atau perkara ini tak betul, bawa ke mahkamah," kata Abdullah dan turut berkata jika ada undang-undang yang membenarkan hukuman terhadap tindakan mereka itu kerajaan patut ambil tindakan.

Namun kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Abdullah perlu sedar tujuan dan motif rakyat mengoyakkan gambar Rashid memandang pelbagai kaedah protes dan bantahan tidak mendapat reaksi sewajarnya daripada BN dan Umno yang lebih mengambil sikap menyerang daripada menangani luahan hati rakyat.

Dalam pada itu sebilangan besar pemberi maklum balas mencadangkan agar perbuatan ini diteruskan dengan 'mencipta' kempen mengoyak gambar-gambar pemimpin BN khususnya Umno yang dilihat semakin angkuh, enggan berubah sikap malah sering kali memperbodohkan rakyat berkaitan isu-isu semasa.

"Dalam setiap demonstrasi, serahan memo atau sidang media, parti-parti pembangkang atau NGO mesti ada 'simbolik' mengoyakkan gambar pemimpin BN dan Umno sebagai tanda rakyat semakin jelak dengan sikap dan pandangan mereka yang merapu selama ini," kata pemanggil Harakahdaily.net yang hanya mahu dikenali sebagai Megat Alang daripada Perak.

"Bagi kawasan-kawasan tertentu, koyakkan gambar wakil rakyat ataupun ahli parlimen yang dilihat gagal berperanan membela rakyat atau penduduk di kawasan terbabit.

Tindakan 'protes' ini memberi satu impak yang besar dan menjejaskan imej mereka yang kononnya merasakan diri mereka masih disokong penduduk di kawasannya.

Ada yang turut mencadangkan sebagai permulaan, kempen koyak gambar pemimpin BN dan Umno ini bolehlah dimulakan dengan menyenaraikan pemimpin yang tidak disukai dan paling tidak popular di kalangan masyrakat atau mencetuskan kontroversi yang mengundang rasa tidak senang orang ramai.

"Sebagai contoh, untuk permulaan penduduk di Sungai Siput atau pengguna jalan raya di Malaysia mungkin boleh memulakan kempen ini dengan mengoyakkan gambar Dato' Seri S Samy Vellu pula yang didakwa gagal turun padang dan menyelesaikan masalah berkaitan isu setempat dan nasional seperti kenaikan kadar tol," kata seorang penghantar email yang menggunakan nama samaran Troy. - mks.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.