PM: PRU bila-bila pun sesuai, kalau saya buat keputusan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata sebarang masa yang ditetapkan untuk mengadakan pilihan raya umum adalah sesuai jika beliau telah membuat keputusan.
Beliau juga berkata: "khabar angin adalah khabar angin" ketika ditanya berhubung ura-ura Parlimen akan dibubarkan selepas sambutan Tahun Baru Cina.
"Sebarang masa adalah sesuai bila saya buat keputusan," katanya ditanya pemberita berhubung analisis banyak pihak bahawa bulan Mac adalah masa terbaik pilihan raya diadakan kerana ada cuti sekolah.
Demam pilihan raya semakin terasa dengan Perdana Menteri sering diajukan pertanyaan mengenai tarikh keramat itu bagi pilihan raya umum ke-12 diadakan walaupun mandat yang dipegang Barisan Nasional cuma akan berakhir pada 16 Mei 2009.
Ura-ura bahawa pilihan raya umum akan diadakan Mac ini berdasarkan kepada faktor positif seperti peningkatan pasaran saham yang disifatkan Abdullah sebelum ini sebagai satu keyakinan terhadap pasaran tempatan dan ekonomi negara sedang berkembang baik. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.