Tabung Haji sebenarnya layak memperolehi lebih 10% dividen
Oleh Reformis Muda
Dalam artikel yang ditulis pada Oktober tahun 2007 telah menyatakan peserta tabung haji sebenarnya Layak memperolehi lebih 10% Dividen .kalau nak dibandingkan dengan Koperasi koperasi yang lain,dividen Tabung Haji mungkin agak rendah. namun apa yang telah Tabung Haji buat? mereka/Paklah gadaikan Tabung Haji Plantation yang mempunyai beratus ribu Ekar tanah kelapa Sawit dan disenaraikan di Bursa Saham, ketika itu penyimpan tabung Haji tidak lagi layak menikmati hasil kenaikan tertinnggi harga sawit ketika ini. siapa yang dapat?? sewaktu mula melabur dan dalam keadaaan rugi yang menanggung adalah duit kita sebagai penyimpan yang setia, bila untung diswastakan..dan disenarai di Bursa saham!!
Mengikut laporan TV semalam lebih 60% hasil Tabung Haji hasil dari keuntungan Pasaran Saham, ini bermakna hampir keseluruhan dana Ummat Islam dilaburkan di bursa saham, dalam tulisan saya sebelum ini juga telah menyatakan "pasaran Saham' kita tunggu diserang oleh spekulator matawang!!
Kali ini duit kerajaan bakal hangus,apakah kemungkinan resiko ini sekali lagi ditanggung oleh Pelabur dan penyimpan tabung haji, dan kenapa 2% diumum sebagai Dividen Khas?? apakah tabung haji telah tahu pelaburan mereka bakal hangus dipasaran Saham, kini keuntungan hanyalah di atas kertas.dan kemungkinan Dividen Khas ini tidak ada lagi tahun depan? dan yang lebih tepatnya ia dividen Pilihanraya.
baca artikel saya terdahulu..
Artikel saya terdahulu
----------------------------------------------------------------------------
Oktober 2007
Hari ini menteri di Jabatan Perdana menteri, Abdullah Mohd Zin membuat pengumuman di media perdana melalui berita bahawa Tabung Haji menanggung RM 50juta subsidi kepada 26000 jemaah hajinya daripada 100,000ribu orang pemohon. cara berita itu disampaikan menunjukkan seoalah olah jemaah haji ini mengemis dan meraih simpati kerajaan,kononya kerajaan ini baik dan murah hatinya, namun pernahkah kita berfikir pernahkah kerajaan membuat sidang media mendedahkan pula berapa kos subsidi untuk menanggung angkasawan kita ke angkasa? seolah olah begitu berat kerajaan untuk menanggung kos orang mengerjakan haji. untuk 26,000 jemaah menjalankan kewajipan dengan kos kononnya subsidi RM 50juta, manakala angkasawan kita membuat uji kaji Yoyo dan gasing di angkasa dengan kos lebih RM 100 juta. mana satu keutamaan? mengapa perlu subsidi dalam hal agama diungkit ungkit sebagai subsidi manakala hal angkasawan dikira pelaburan! dan benarkah ianya subsidi?
Tujuan utama tabung Haji ditubuhkan atas tujuan membantu ummat Islam menunaikan Haji, dan keuntungan bukan menjadi keutamaan penubuhannya. manakala para jemaah yang menabung sebenarnya dikira sebagai pelabur dan pemegang ekuiti dalam tabung Haji, mereka sebenarnya mempunyai hak ketas segala keuntungan dan aset tabung haji. malah kekuatan kewangan tabung haji sekarangpun hasil dari duit titik peluh para petani, nelayan dan pesawah yang menyimpan wang mereka untuk tujuan menunaikan kewajipan mengerjakan haji. apakah mereka pengemis? apakah 50juta itu boleh dikira sebagai subsidi? dan apakah dengan RM 50juta itu Tabung haji mengalami kerugian atau Untung yang tidak cukup tinggi?
Penyimpan Tabung Haji sebenarnya layak menerima lebih 10% dividen seperti yang dinikmati koperasi koperasi lain, tetapi kekayaan dan keuntungan mereka dirompak dan disalahgunakan Tabung Haji dengan menggunakan Dana ummat Islam untuk pelaburan merugikan terhadap syarikat syarikat berkaitan judi pada masa dahulu, malah duit mereka ini juga digunakan untuk pelabur matawang asing, nasiblah hampir kesemua penyimpan Tabung Haji itu Melayu yang tidak tahu menahu soal pelaburan, kalau masyarakat cina sudah pasti ada Menteri yang ditendang keluar seperti nasib yang menimpa Ling Leong sik dalam kes pembelian saham Nanyang.
HARGA SAWIT NAIK MENDADAK,PEYIMPAN DAPAT APA?
Sebenarnya penyimpan tabung haji sudah pasti mendapat dividen yang tinggi memandangkan harga sawit berada diparas tertinggi dalam sejarah, namun mereka akan berputih mata kerana TH Plantation sudah disenaraikan di Bursa Saham, jadi komitmen dan hasil TH plantation kini beralih kepada pelabur saham didalam TH plantation,walaupun Tabung Haji masih memegang ekuiti didalam TH plantation hasilnya mungkin tidak dirasai sepenuhnya para penyimpan, ini semua gara gara Paklah membenarkan tabung Haji Plantation disenaraikan di bursa saham walaupun pernah dibantah ahli Parlimen BN sendiri, penyenaraiannya pernah ditangguh seketika hasil bantahan ahli Parlimen,
Paklah dikatakan mengikut kehendak penyamun penyamun dalam tabung Haji kerana mereka telah mengjangkakan dari ramalan pakar ekonomi harga komiditi bakal melambung tinggi. Apakah Paklah pernah memikirkan soal dan hak penyimpan? sedangkan tanah dan pelaburan kelapa sawit adalah anugerah dari kerajaan pusat dan negeri .maknanya penyamun Umno ini beroleh keuntungan atas angin.yang mana untung depa sapu dan mana yang rugi nanti akan ada yang dibailout!! yang untung untuk Kroni dan yang rugi untuk Ummat Islam sebagai penyimpan setia Tabung Haji.selepas itu pula RM 50juta dianggap sebagai subsidi.
Dizaman Paklah yang untung orang seperti sheikh Muzaffar, Patrick Badawi..opps.. Patrick Lim, francis yeoh, tauke ferrari dan kekasihnya michele yeoh manakala apa sahaja melibatkan agama semua dianggap sebagai subsidi. pak Imam berpuas hati mendapat elaun RM 400 untuk kerja 30hari dan 5waktu sehari dan sedarkah kita hari hari kerajaan membelanjakan belasan ribu untuk seorang artis bagi 2jam persembahan. begitulah nilainya pak Imam berbanding seorang artis. apa nilainya ummat Islam dizaman Islam hadhari dimata Paklah yang juga cucu ulama', yang dicari AlGhazalie.. yang untung patrick badawi. itupun masih ada pak Imam yang dok sokong lagi lambang dacing.
lawan tetap lawan !...
reformis muda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan