Halaman

Ahad, 10 Februari 2008

Tanah UM didakwa digadai kroni PM
Abdul Halim Mohd Rashid


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Blogger "The thirteen million plus Ringgit guy" mendakwa, salah seorang kroni Perdana Menteri telah menggadai tanah bernilai tinggi dalam kawasan kampus Universiti Malaya.

"Kroni PM ‘Flip-Flop’ Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Annuar Zaini, telah ‘mengadai’ 27 ekar tanah premier (bernilai tinggi) dalam kawasan kampus Universiti Malaya (UM), kepada sebuah pemaju hartanah untuk dijadikan kondominium mewah," kata blogger tersebut (http://bigdogdotcom.wordpress.com) yang juga seorang ahli Umno.

Menurut beliau, Annuar, Ahli Lembaga Pengelola Majlis Universiti Malaya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Korporat universiti itu, membuat keputusan untuk menerima cadangan syarikat pemaju hartanah tersebut.

"Pada kasarnya, sekiranya tanah premium itu dinilai sebagai RM100.00/ kaki persegi (kerana lokasinya berada di utara kampus, bersempadan dengan kawasan mewah Bukit Damansara dan amat hampir dengan kawasan Bukit Bandaraya/Bukit Pantai, yang harga tanah rata rata melebihi RM200.00 / kaki persegi), bermakna Universiti Malaya telah ‘melepaskan’ tanah bernilai sekurang kurangnya RM95.6 juta untuk menerima ‘habuan’ sebuah rumah kelab bernilai RM3 juta sahaja.

"Sekiranya nilai tanah itu bernilai RM150.00 / kaki persegi, maka ianya dengan mudah bernilai RM 143.7 juta," kata "The thirteen million plus Ringgit guy".

Annuar yang juga Pengerusi Bernama serta penulis ucapan Perdana Menteri mula dikenali ramai selepas menemuramah Perdana Menteri dalam sebuah rancangan khas TV 3 yang disiarkan 7 Ogos 2006.

Rancangan tersebut merupakan respons kepada kritikan-kiritikan terbuka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk "membetulkan imej (Perdana Menteri) yang dicalari", kata "The thirteen million plus Ringgit guy".

"Antara yang menjadi ‘mercu tanda’ temu ramah ini ialah apabila PM ‘Flip-Flop’ mengatakan kerajaan tidak terlibat memberi kontrak kepada Scomi (yang dikuasai Datuk Kamaluddin Abdullah) dan menantu beliau (Khairy Jamaluddin) tidak terlibat langsung dalam apa apa proses keputusan kerajaan," kata beliau lagi.

Annuar juga, menurut blogger tersebut, ialah seorang ahli lembaga pengarah Malaysia Airlines.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.