Zahid cetak buku sendiri, guna duit rakyat untuk bantai pembangkang
Oleh Bekas Penyokong Zahid
Rasa saya, Zahid Hamidi bekas Ketua Pemuda Umno yang menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim dahulu lebih bijak dan waras daripada menterinya Zam. Walaupun dalam Umno kedudukan Zahid lebih tinggi berbanding Zam, namun Zahid terpaksa berketuakan menteri yang dungu dan bebal. Berdasarkan itu saya harapkan Zahid dapatlah buatlah kerja-kerja yang lebih profesional dan bermanfaat untuk rakyat.
Bagaimanapun selepas membaca berita Bernama tentang buku karangannya yang dibiayai oleh wang rakyat digunakan untuk kempen politik BN dalam pilihan raya akan datang, maka saya beranggapan mentaliti Zahid tidaklah lari jauh sangat dengan bosnya, Zam.
Zahid dulu beria-ia menyokong Dr Mahathir, dan kemudiannya Pak Lah demi membersihkan sebarang imej Anwar pada batang tubuhnya. Dan nampaknya beliau berjaya berbuat demikian. Maka kini Zahid mahu mencari masa depan politik yang lebih cerah, dengan menggunakan kedudukannya di Kementerian Penerangan, termasuk mencetak dan mengedar buku sendiri, bagi digunakan jentera Umno-BN bagi menghadapi asakan pembangkang dalam pilihan raya akan datang.
Berikut berita Bernama berkenaan:
HUTAN MELINTANG: Kementerian Penerangan telah mengedarkan 10,000 naskhah buku `Janji Dikota' kepada orang ramai bagi menangkis pelbagai tohmahan parti pembangkang terhadap kerajaan, kata Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, hari ini, Jumaat.
Beliau berkata buku karangan beliau sendiri yang mengandungi 17 perkara itu juga telah dibekalkan kepada pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan pegawai penerangan daerah sebagai bahan rujukan bagi memudahkan mereka menyalurkan maklumat ketika memberi ceramah di seluruh negara.
"Isi kandungan buku itu bermula dengan tarikh pelantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada 30 Oktober 2003," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pilihan raya parlimen Bagan Datoh di sini petang ini, Jumaat.
Beliau berkata antara perkara yang disentuh dalam buku itu ialah konsep Islam Hadhari yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan