Khairy Jamaluddin letak jawatan?
Oleh Wartawan KLpos.com
TERKINI: Naib Ketua Pemuda UMno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka akan mengumumkan perletakan jawatan bila-bila masa dari sekarang.
Sumber memberitahu KLpos.com, Khairy sudah tidak dapat dipujuk untuk menarik balik keputusan tersebut.
Sumber yang rapat dengan Pemuda Umno itu menjelaskan, Khairy mengambil tindakan tersebut selepas mendapati orang ramai terutamanya ahli-ahli veteran Umno menyalahkan beliau sebagai punya kemerosotan sokongan terhadap BN.
Namun, satu lagi sumber memberitahu KLpos.com, tindakan Khairy memberitahu pihak tertentu bahawa beliau akan meletak jawatan hanyalah sandiwara untuk dipujuk semula.
"Beliau mahu dipujuk, ini semua wayang Khairy," katanya diminta mengulas mengenai khabar angin perletakan jawatan Khairy.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan