Lima janji Anwar jika BA menang
Oleh Webmaster
BERIKUT merupakan lima janji Anwar jika barisan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum ke 12 ini.
Minyak Turun
Sebahagian dari keuntungan Petronas RM80 bilion bersih setahun digunakan untuk mengurangkan beban rakyat.Harga minyak distabilkan supaya harga barang, kos perkhidmatan dan kos perusahaan tidak melonjak demi kemudahan jelata.
Pendidikan Percuma
Sebahagian dari keuntungan Petronas RM80 bilion bersih setahun digunakan untuk memberi pendidikan percuma di sekolah rendah dan menengah, dan universiti. Pendidikan percuma supaya setiap warganegara berpeluang memajukan diri dengan ilmu dan pendidikan berkualiti.
Jaga Kebajikan Rakyat
Kebajikan ibu tunggal, anak-anak yatim, orang-orang kurang upaya, dan golongan miskin harus dijamin dan dipelihara tanpa kira kaum dan agama. Anak-anak muda yang mahu berniaga akan diberi peluang dan galakan.
Mahkamah Adil & Saksama
Mahkamah diperkasakan bagi memastikan kerajaan tidak lagi rasuah dan menyeleweng seperti yang berlaku hari ini.
Mahkamah bebas dari pengaruh politik supaya semua rakyat diadili dengan saksama dan sama-rata, tidak kira miskin atau kaya.
Polis Cekap, Rakyat Selamat
Polis bersih dari rasuah, yang bagus dan baik dinaikkan pangkat, yang rasuah dan buruk dihantar ke hutan.
Gaji polis dinaikkan, kebajikan mereka dipelihara, kehadiran dipertingkatkan supaya anak dan isteri kita, suami dan ibu-bapa kita selamat dari jenayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan