HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 Mac 2008

MB Kedah arah semua Tadika Kemas dikekalkan


ALOR STAR: Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini supaya beroperasi seperti biasa.

Sambil menolak laporan sebuah akhbar hari ini yang menyatakan bahawa Tadika Kemas diarah dikosongkan serta merta, Azizan berkata PAS akan mengambil beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pendidikan pra sekolah itu.

Azizan berkata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah Yusuf Husin telah diminta menghantar surat kepada semua 15 PAS Kawasan bagi memastikan Tadika Kemas di kawasan mereka meneruskan sesi pengajian seperti biasa.

"Saya harap rakyat tidak terpengaruh dengan arahan selain yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin. BERNAMA

Tiada ulasan: